Tetapi, bukan kisah jin yang ingin aku catatkan. Cuma, peluang bersembang dengan pensyarah Igneous & Metamorphic II petang tadi mengingatkan saya kepada tafsir Al-Azhar berkenaan surah An-Naziat;
"Dan bumi itu pun sesudah itu, Dia datarkan (pula) dianya." (ayat 30). Artinya, sesudah itu, yaitu sesudah Allah Ta'ala mengatur langit dengan ruang angkasanya, dengan cakrawalanya, maka Allah pun mulailah mendatarkan bumi. Mendatarkan bumi artinya bukanlah semata-mata datar, melainkan datar buat dapat didiami oleh manusia. Dengan memahamkan ayat ini dapatlah kita menyimpulkan bahwa Allah menciptakan terlebih dahulu keseluruhan alam dan kemudian dari itu baru menyediakan tempat bagi manusia dalam bumi. Jelas bahwa manusia ini lama kemudian baru terjadi, baru didatarkan atau dihamparkan bumi buat tempat diamnya, atau baru disediakan syarat-syarat bagi manusia buat dapat hidup di bumi itu.
Namun, aku bukanlah layak untuk menambah lagi tafsiran yang telah dibuat oleh Prof HAMKA ini. Di sini aku cuma ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang kami bualkan.
Sebenarnya, Professor atau sebetulnya guru geologi bab batu jenis igneous ini menceritakan sedikit sebanyak tentang geologi Asia Tenggara, fokus kepada Indonesia. Pengalaman selama 8 bulannya di Indonesia untuk tesis PhD telah memperkayakan pengalamannya selaku ahli kaji bumi.
Seperti yang kita tahu, Indonesia adalah kepulauan yang kaya dengan gunung berapi. Ia terdiri daripada beberapa pulau-pulau yang besar. Aku masih mengingati pelajaran geografi waktu tingkatan 3 dahulu, yang Indonesia ini terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik (Rujuk rajah di bawah).
Sebab utama Indonesia mempunyai banyak gunung berapi kerana ia terletak di kawasan subduction - di mana plat lautan terbenam masuk ke dalam mantel kerana berketumpatan tinggi (mantel berketumpatan rendah berbanding plat lautan). Plat lautan ini kemudian mencair di dalam mantel kerana suhu mantel adalah tinggi. 1200 darjah Celcius kalau tak silapku. Kemudian, kerana perbezaan tekanan di bawah bumi itu, plat lautan yang telah mencair ini akan naik ke atas, menembusi plat benua yang terletak bersebelahan dengannya. (Sila rujuk rajah di bawah)Plum mantel itu akan bergerak ke atas, lalu membentuk gunung berapi. Gunung berapi itu akan membentuk berkumpul lalu membentuk Volcanic Island arc. Indonesia adalah salah satu contoh Volcanic Island arc itu. Proses timbunan lava yang keluar dari perut bumi, kemudian mengeras dan akhirnya membentuk pulau mengambil masa 20 juta tahun. Mengikut sela masa geologi, set batu kepulauan Indonesia adalah berasal dari sela masa Miocene. Kalau hendak dikira, Miocene ini adalah set batu yang muda. Ini berikutan, mengikut kajian ahli geologi, umur bumi ini sudah 465 juta tahun!
Sekarang, proses itu timbunan lava dari perut bumi masih lagi berjalan, namun tidaklah seaktif jutaan tahun lampau. Indonesia juga subur kerana tanah yang terbentuk daripada magma banyak menyediakan galian yang baik untuk tumbuh-tumbuhan. Dengan kesuburan tanahnya, manusia pun mendirikan ketamadunan, seperti Srivijaya, Majapahit, Aceh dan sebagainya.
Kesimpulannya, bumi yang kita duduki sekarang ini telah mengalami pelbagai proses yang lama dan panjang. Selama berjuta-juta tahun, telah berlaku perubahan demi perubahan sehinggalah Indonesia sekarang itu sesuai untuk diduduki dan didiami oleh manusia.
sumber gambar: wikipedia
p/s; Professor John sangat baik dan panjang lebar penerangannya kalau kita bertanya soalan.

1 comment:
Salam alaik, akhi.
"Dialah yg menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan.." [AlBaqarah:22]
"Dan Dialah yg menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai2 (yg mengalir).." [Ar-Ra'd:3]
"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yg menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka.." [Al-Anbiyaa':31]
"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yg telah membuat tiap2 sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yg kamu lakukan." [An-Naml:88]
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: 'Jadilah engkau!' Maka ia terus menjadi. Oleh itu akuilah kesucian Allah (dgn mengucapkan Subhanallah!) - Tuhan yg memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan." [Yaasin:82-83]
subhanallah!
Post a Comment